Kenapa Menabung Perlu Dipupuk?

Kenapa Menabung Perlu Dipupuk?
1. Menabung jadi benteng kewangan bila datang kecemasan. Bak kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan
2. Menabung dapat membina masa depan lebih selesa. Ia asas untuk kita capai impian besar seperti rumah, pendidikan anak dan persaraan.
3. Bila sudah ada disiplin menyimpan, kita lebih berhati-hati menggunakan duit selebihnya.
Janganlah kita takut untuk menabung kononnya nanti tak sempat merasa. Yang lebih bahaya ialah bila asyik berbelanja sampai langsung tak ada simpanan.
Apabila kita tiada tabungan kita bukan sahaja akan menyusahkan orang sekeliling malah menyusahkan diri-sendiri dan anak-anak. Anak terpaksa berkorban kerana kecuaian kita.
Berbelanja memang mudah, semua orang pandai. Tetapi menabung adalah satu seni hidup yang mesti dilatih. Dan siapa yang berjaya melatih diri menabung dengan konsisten, dialah yang akan hidup lebih tenang dan tidak mudah goyah bila datang ujian kewangan.
Comments
Post a Comment