GAJI LEBIH RM20,000 SEBULAN, WALAUPUN KONVO SELASA INI Di lautan 6,832 graduan Universiti Utara Malaysia yang diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-38, dalam sembilan sesi mulai hari ini hingga Khamis, terselit satu kisah luar biasa, kisah seorang anak muda bernama Muhammad Rahman Adabi. Ketika rakan sebaya sebahagiannya sedang mencari majikan sesuai, Muhammad Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Adabi sudah pun memecah rekod peribadi dengan melangkah ke dunia kerjaya sebagai usahawan komputer dengan pendapatan melebihi RM20,000 sebulan. Bermula sebagai pelajar Sarjana Muda Keusahawanan UUM pada tahun 2021, Adabi yang kini baru berusia 23 tahun membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar soal kelulusan, tetapi keberanian untuk bermimpi, kecekalan untuk berusaha, dan kesediaan mencipta peluang. Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dalam ucapan aluan sesi pertama Majlis Konvokesyen Ke-38 di Dewan Mu’adzam Shah pagi ini, menyifatkan kejayaan Adabi luar biasa dan bo...